Kisah Seram Wak Jonet Si Tukang Urut


Alhamdullilah dah lebih 10 tahun pengalaman Wak Jonet dalam urutan tradisional melayu wak dah alami pelbagai pengalaman seram wak dah alami. Antara pengalaman wak :-

1 – ISTERI WAK KENA KACAU

    Pengalaman ini terjadi pada 2018 kalau tak silap tahun pertama wak berkahwen. Masa tu job urut dekat Kampung Melayu Subang. Kalau siapa yang biasa area jalan Kampung Melayu Subang pasti terasa vibe seram sepanjang jalan sebab memang kawasan hutan. Ada yang cakap memang “Keras” sebenarnya tempat tu. Bila malam memang gelap giler & sejuk. Masa job urut ni tak dek apa – apa yang pelik pun jalan macam biasa naik motor pergi rumah customer lebih kurang jam 10 malam habis urut dalam 12 tengah malam.

    Customer memang biasa urut mesti 2 jam katanya baru betul – betul puas hati. Cuma masa nak balik rumah tu rasa macam pelik tapi buat bodoh je tak dek benda seram pun. Masa tu wak tinggal di Flora Damansara. Masa balik tu macam biasa mandi dulu sebelum tidur peluk bini.

    Esoknya bini aku bising. Dekat peha bahagian dalam macam ada “Benda” cubit memang berbekas gelap. Katanya sakit bila sentuh. Dah laa isteri wak ni putih macam amoi sebab mak Chinese masuk islam. Memang bising laa bini “bawak” balik benda dalam rumah. Dah kena bebel.

    Ini adalah salah satu sebab kenapa sebelum ni wak tak nak buat incall urut dekat rumah sebab nanti customer yang datang urut risau bawa “barang” yang tak sepatutnya masuk rumah. Tapi since isteri wak meninggal dunia pada 21/10/2025 wak buat start buat incall urut dekat rumah demi untuk tambah sales. Tawakal je laa.

    So moral of the story

    • Gangguan mistik boleh terjadi di sebabkan tempat urut yang “keras” biasanya rumah, hotel atau pejabat customer, customer yang memang ada gangguan mistik atau berlaku gangguan mistik Ketika on the way daripada check point A ke check point B. Makanya bila nak masuk rumah tu pastikan bersihkan diri betul – betul & amalkan sunnah nabi seperti bagi salam sebelum masuk rumah, baca bismillah dan lain – lain.
    • Kalau ikut petua orang lama yang wak amalkan & teringat masa menulis sekarang ni. kalau terasa macam ada “benda” ikut masa balik rumah jangan terus balik pergi singgah mana – mana dulu sebelum balik rumah. Sebelum melangkah masuk rumah tengok belakang sebelum buka pintu rumah.
    • Kadang – kadang kita sebagai tukang urut boleh “Jaga diri” tapi keluarga kita tak semestinya boleh sebab tu bila jadi tukang urut ni tak boleh “kosong” kena jaga amalan rohani. Sekurang – kurangnya jaga solat 5 Waktu & amalkan al mathurat.

    2 – WAK HAMPIR TUMBANG

      Wak pernah urut sorang customer di sebuah hotel terkemuka di petaling jaya. Macam biasa bila urut dekat hotel ni best sebab sejuk ada air cond & selesa. Masa datang dekat hotel tu nampak customer ni badan macam bengkak – bengkak & kulit nampak macam something wrong. wak tanya dah jumpa doctor ke? Customer cakap dah doctor cakap ada masalah buah pinggang. So wak diam je laa and start urut.

      Benda pelik mula terjadi masa tengah urut ni wak start rasa panas giler walaupun dalam bilik tu ada air cond yang sangat sejuk setting suhunya. Masa tengah urut boleh rasa macam ada aliran elektrik dekat jari. Wak dah start rasa “damn! what is this?” lepas masa borak – borak baru lah customer start buka cerita yang rupanya beliau baru terkena “Santau angin” & tengah berubat lagi.

      Waduh dah tak boleh lari so urut je laa sampai habis. Walaupun hari tu urut sorang je tapi penatnya macam urut ramai orang & ambik masa beberapa hari wak nak pulih.

      So moral of the story

      • Di dalam ilmu urutan memang ada amalan “Kunci” supaya bila urut “Bisa badan” customer tak mengalirkan masuk dalam badan tukang urut. Kalau petua orang lama yang wak ikut setiap kali selesai sesi urutan wajib bagi 1 duit syiling tak kisah berapa sen sebagai isyarat kononnya “Bisa badan” tu tak pergi kat wak tapi pergi kat duit syiling tu. Duit syiling tu nanti wak sedekah dekat masjid atau surau.
      • Apa yang wak selalu pesan kat customer iktiqad kita hanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang boleh beri mudharat & perlindungan. Ini cuma ikhtiar atau isyarat je. Sebab wak ada 1 tahun yang tangan wak jadi sangat sakit sampai susah nak urut, nak tidur pun susah sebab terkena bisa badan yang sangat dahsyat. Sebab tu salah satu amalan yang guru wak selalu pesan sebelum nak urut ambik wudhuk dulu sebagai perisai cuma biasanya wak terlupa atau tak sempat sebab nak cepat hahahahah.
      • Ini salah satu sebab utama kenapa dalam SOP wak masa first session wak akan interview bertanya tentang :-
      • sejarah kesihatan macam ada penyakit kronik ke? ada patah atau retak? ada besi, skru atau plat dalam badan? pernah ada apa – apa sport injury atau accident? ada penyakit kulit macam kurap, kudis, ezima atau ada kulit sensitive? sebab sebagai therapist wak kena alert supaya urutan ini tidak memudaratkan customer & wak pula tak nak jadi penyebar penyakit pada customer lain.
      • sebab tu kalau mazhab wak kalau demam tak boleh urut sebab zaman sekarang banyak penyakit. Apa – apa hal pergi jumpa doctor dulu. Lelaki ni bila jatuh tergolek accident boleh belagak macho lagi tapi bila demam terus terasa macam nak mati. lepas tu gatal nak urut masa tengah demam lagi laa jahanam jadinya haahahaha
      • sebab tu kadang ada isu yang serius wak terpaksa pakai mask & sarung tangan. Pernah jugak dah datang dari jauh terpaksa balik sebab keadaan customer memang tak boleh di urut. kalau fikir pasal duit memang urut je tapi bila fikir keberkatan rezeki dan Amanah. Tak akan urut.
      • wak akan bertanya ada gangguan mistik, saka atau pernah kena sihir? sebab ikut mazhab wak ada 4 kategori gangguan mistik

      a. Gangguan sakadatang dari keturunan
      b. Belajar ilmu batinan yang sesat & ilmu sihirbiasanya clean lepas tu secara tak sengaja terdownload pendamping / berkawan baik dengan jin hahahahaha
      C. Pergi tempat yang bukan – bukan macam laut, hutanlepas tu terbawak balik sekali
      D. Kena sihirsihir ni biasanya memang di design untuk menyakitkan atau membunuh.

      Sebab kalau urut orang yang ada “bende” ni biasanya susah bila urut badan keras macam besi, nak masuk rumah terasa tak selesa, bau benda bukan – bukan, nampak macam bende pelik dalan rumah, yang lagi teruk customer saja nak test ilmu tukang urut ni sakti ke tidak?

      Ada kes sampai balik rumah “benda” tu ikut, kalau customer yang terkena sihir “Bisa sihir” mengalir dekat tukang urut. sebab ramai tukang urut kadang malas nak urut sebab bila terkena memang makan masa lama nak pulih dan ada yang meninggal dunia.

      Sebab tu wak dah tulis terang – terang dalam iklan kalau ada :-

      • Gangguan sihir, pakai susuk atau bersahabat dengan jin memang wak tak nak urut sebab mudharat tu lebih besar daripada duit yang dapat.
      • Pesakit stroke wak dah tak urut sebab sangat berisiko tinggi kalau tersilap naya sebab ni pasal nyawa. Isunya jugak 50% stroke ni isu gangguan mistik 50% isu kesihatan.

      3 – WAK HAMPIR KENA ROGOL

        Yang ni paling seram daripada hantu, setan, jin & iblis. Lelaki macam ni biasanya ada 3 jenis :-

        Biseksual Bernafsu dengan lelaki & perempuan.
        Homoseksual Bernafsu dengan lelaki sahaja.
        TrangenderDah potong zakar atau zakar still ada & ada buah dada.

        Isunya bila urut lelaki Biseksual & Homoseksual ni banyak bahagian sensitive bila di urut jadi terangsang. Tu yang masa urut bunyi terangsang semacam maka tangan pun merayap. Paling teruk urut telajang tak nak pakai apa – apa. Aduh jem otak.

        Isunya kalau nak urut boleh je tapi jangan minta & buat bukan – bukan kat wak. Wak ramai kawan & customer yang macam ni and wak professional. Time urut, urut je. Dah habis urut, bayar guna duit & wak balik. Apa masalah, “kerja” atau “minat” customer tu bukan urusan wak.

        Isunya bila nak urut lelaki transgender ni mostly pakai “Barang” supaya “Bisnes” dia laris. Menjadi idaman jejaka ganas di luar sana hahahaha. Tak heran kalau time urut boleh rasa something wrong sebab pakai banyak susuk, tangkal, ada banyak tattoo kat badan yang bertuliskan mantra, banyak amalkan amalan syirik & khurafat. Lagi satu makhluk ni pun bila urut semua tempat jadi terangsang. Allahu.

        Minta maaf wak cakap straight forward je.

        Antara gangguan wak kena minta “hisap”, minta bontot, raba & ramas alat sulit wak, tarik seluar wak! Dah aku malas nak tulis lagi ahhaahahahahahahaha

        P/S 1:- Jangan salah faham lelaki lembut tak semestinya “geng pelangi” ramai je dah berkahwin, anak ramai & ada yang lagi “perform” dengan bini hahahahaha. Ramai je nampak “jantan” dah berkahwen siap ada anak ramai tapi masih lagi ada “Boyfriend lelaki” Jahanam!

        P/S 2:- Ni salah satu sebab wak malas nak buat servis urutan batin sebab 80% jenis lelaki miang rasa seronok bila zakar di pegang 20% memang ada masalah kelakian. By the way wak memang tak buat urutan batin so jangan tanya hahahahaha belajar separuh jalan je.

        P/S 3:- Sejujurnya ini antara salah satu sebab wak pernah stop bisnes urut lama dan buat bisnes lain alhamdullilah bila jahanam patah balik bisnes urut hahahahahahahaha so sekarang memang full time urut cuma sambil – sambil wak suka simpan emas wak juga Executive Partner KAB Gold Group Manager (GGM) & pengguna telco Tone Wow buat duit dengan phone. Senang cerita Passion wak memang berniaga daripada zaman sekolah.

        P/S 4:– Jika berminat nak urut untuk outcall wak cover 30 km daripada Damansara Damai sahaja & untuk incall di Damansara Damai. Kenapa Damansara Damai sebab wak tinggal di Damansara Damai. Boleh baca lebih baca info pakej urutan di sini.

        Scroll to Top