
Siapa Wak Jonet?
Wak Jonet adalah brand khas untuk bisnes urutan Khairul Iqbar. Biasanya customer urut memang panggil Wak Jonet 😂 dah melekat nama tu dengan Wak lebih 10 tahun.
Belajar Urut Daripada Mana?
Dulu masa Wak belajar Diploma Usuluddin di Kolej Dar Al Hikmah biasa laaa student tak dek duit.

Maka Wak pergi downtown jalan reko untuk mencari cara untuk cari duit untuk survive.

Pada satu malam Allah Subhanahu Wa Ta’Ala ilhamkan pada Wak untuk belajar urut sebab Wak memang minat nak belajar & sebelum ni ramai yang cakap “Tangan” Wak ni boleh mengurut orang. Kalau ikut keturunan atok sebelah mak Wak memang seorang tukang urut & guru silat (Keturunan Jawa Johor) & nenek kepada atuk Wak adalah seorang bidan kampung. Malah dalam keluarga besar sebelah mak Wak ni mak cik Wak memang ada bisnes urut.
Kalau nak ikutkan pengalaman dah lebih 10 tahun Wak mengurut (Sejak 2012 sehingga sekarang) cuma on off sebab cuba buat bisnes lain tapi banyak yang tak jadi daripada yang jadi hahahahahahaha
Perjalanan Wak belajar urut ni hasil dari berkerja di downtown Jalan Reko Kajang dalam 2 – 3 tahun.
Saya belajar :-
✅ Bekam
✅ Reflexology
✅ Urutan Badan
✅ Rawatan Resdung
✅ Urutan Batin (Tapi belajar tak habis hahahahaha)
Daripada hasil skill & pengalaman ini Wak mula untuk buat servis urutan rumah ke rumah (Outcall).
Wak juga rajin belajar melalui kursus urutan online & offline untuk upgrade & update skill urutan Wak

Alhamdullilah Wak juga ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM3) dalam :-
✅ Sport Massage
✅ Urutan Terapi (Urutan Tradisional Melayu)
Alhamdullilah Wak juga dalam proses untuk lanjutkan pelajaran Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam urutan terapi pula sekarang. Ini komitmen Wak sebagai Therapis sepenuh masa yang sah untuk berikan perkhimatan dan nasihat dalam bidang kepakaran Wak.


P/s 1:- Wak Jonet hanya urut lelaki yang betul – betul nak urut sahaja. Wak tak buat aktiviti seksual & tidak sentuh private part.
P/s 2:- Wasap update on the spot sekarang dan update :-
✅ urut nak relax atau ada masalah specific?
✅ anda dari area mana & nak slot mana?
nanti wak jonet check jadual mana yang available. Wasap sahaja, call wak tak angkat. Pastikan bila dah wasap be responsive, jangan bagi bluetick.
P/s 3:- Sesungguhnya yang berikan kesembuhan & kesedapan bila di urut hanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Insyallah dengan kemahiran, pengalaman & pengetahuan Wak akan buat yang terbaik.
✅ Wasap Sekarang Untuk Booking Slot Urutan Badan Lelaki
011-11002348 (Wasap sahaja, call wak tak angkat)
Klik Untuk Wasap Sekarang