Adab & Tertib Sebelum, Semasa & Selepas Urut Dengan Wak Jonet

Sebelum Urut

  1. Pastikan sebelum sesi urut tidak dalam keadaan terlalu kenyang atau terlalu lapar. Kalau nak makan pastikan 2 – 3 jam sebelum sesi urut. (Kalau nak urut perut) Kalau tak nak urut perut makan je laa kalau dah lapar
  2. Yang terbaik mandi dulu supaya dalam keadaan suci dan bersih. (Tidak dalam keadaan berhadas besar). Kalau dalam berwudhuk lagi bagus. (Untuk Muslim sahaja)
  3. Sebelum wak mulakan sesi urutan wak akan interview untuk diagnose masalah supaya customer dapat rawatan urutan yang tepat & untuk tahu sejarah kesihatan. Di minta untuk jawap dengan jujur ya.
  4. Berikan tarikh lahir & tarikh anniversary supaya nanti nak repeat urut boleh dapat 2 Jam Urutan Badan RM99 sahaja.
  5. Pastikan be on time. Kalau ada apa – apa perubahan wasap je wak. Jangan bagi tahu last minit. Jika berlaku kelewatan lebih dari 10 minit daripada waktu yang ditetapkan daripada pihak customer Wak Jonet akan kurangkan masa daripada pakej yang di ambil & bayaran full payment. Hal ini kerana mengganggu jadual appointment urut Wak Jonet. Contoh lewat 30 minit. Ambik pakej 2 jam. Masa urut hanya 1 jam 30 minit & bayaran full payment mengikut pakej.
  6. Pastikan alert dengan phone supaya mudah untuk di hubungi & please be responsive. Communication is everything.
  7. Bagi customer tetap Wak Jonet pastikan tunjukkan card membership untuk dapatkan benefit sebagai membership. Tak tunjukkan card loyalty sesi urutan tu dikira disqualified sesi tu.
  8. Pastikan sudah buang air besar & kecik supaya bila wak urut tak dek bende yang terkeluar nanti.

Semasa Urut

  1. Yang terbaik pakai kain / tuala & pakai seluar dalam supaya mudah urut bahagian punggung, paha depan & belakang nanti. Supaya wak tak nampak telur hahahahahahah. Jaga batasan aurat. Jangan telajang.
  2. Wak lebih selesa urut di bawah (lantai) berbanding di atas katil tidur. Sebab memudahkan wak nak bergerak sepanjang sesi urutan. Pastikan tempat urut tidak berpasir. Sebaiknya ada toto / tilam supaya lutut, rusuk atau dada tak sakit ketika di urut. Jika ada katil urut lagi cantik. Wak memang tak bawak meja urut.
  3. No sexual activity & tak sentuh private part. Wak Jonet urut lelaki normal sahaja. Jika sepanjang sesi urutan berlaku gangguan seksual ke atas wak. Wak akan hentikan sesi urutan dan buat laporan polis.
  4. Jika ada anak2 kecik pastikan terkawal & tidak mengganggu sesi urutan.
  5. Jika customer ada urusan lebih dari 10 minit semasa sesi urutan berlangsung untuk Wak akan urut mengikut masa yang di tetapkan mengikut pakej yang di ambil & bayaran full payment. Hal ini kerana mengganggu jadual appointment urut Wak Jonet. Contoh waktu urut sepatutnya start pukul 2 petang habis 4 petang. Tapi customer ada urusan ambik masa 10 minit so dah drag masa. Sesi urut tetap habis jam 4 petang & bayaran full payment mengikut pakej.
  6. Dilarang hisap rokok atau vape ketika sedang diurut.
  7. Tips untuk kurangkan rasa sakit semasa di urut pastikan tidak tahan nafas bila sakit supaya muscle lebih relax. Bila tahan nafas nafas muscle akan jadi keras dan bila di urut akan jadi makin sakit nanti

Selepas Urut

  1. Elakkan untuk mandi minimum 1 jam supaya minyak herba yang wak sapukan di seluruh badan dapat serap dengan baik ke dalam badan tapi kalau nak ambik air wudhuk boleh je
  2. Minum air suam 500ml selepas sesi urutan untuk mempercepatkan proses tubuh badan lebih cepat sembuh. Elakkan makan dalam masa 1 jam selepas urut.
  3. Pastikan bayar on the spot selepas habis sesi urutan. Boleh transfer, TNG, QR atau cash.
  4. Sediakan satu duit syiling sebagai syarat pelepas / pengeras pada saya ya. (Tak kisah berapa nilai duit syiling) Ni petua orang lama untuk elakkan Tukang Urut jadi sakit di sebabkan bisa badan customer.
  5. Sebenarnya Wak ada gout maka Wak memang jaga permakanan untuk elak kena gout sebab kalau dah kena jem woo tak boleh jalan tak boleh urut. Maka kalau tuan rumah tak jamu apa2 makanan & minuman tak pek ya. Kalau bagi air kosong sejuk pun Wak dah bersyukur.
  6. Bagaimana Cara Atasi Masalah Muscle Pain? Baca kat sini

P/s :- Jom pasakkan dalam hati kita sesungguhnya Allah SWT yang menyembuhkan, kita cuma ikhtiar semoga dengan urutan badan Wak Jonet dapat selesaikan masalah yang di hadapi insyallah

P/s 1:- Wak Jonet hanya urut lelaki yang betul – betul nak urut sahaja. Wak tak buat aktiviti seksual & tidak sentuh private part.

P/s 2:- Wasap update on the spot sekarang dan update :-

 ✅ urut nak relax atau ada masalah specific?
 ✅ anda dari area mana & nak slot mana?

nanti wak jonet check jadual mana yang available. Wasap sahaja, call wak tak angkat. Pastikan bila dah wasap be responsive, jangan bagi bluetick.

P/s 3:- Sesungguhnya yang berikan kesembuhan & kesedapan bila di urut hanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Insyallah dengan kemahiran, pengalaman & pengetahuan Wak akan buat yang terbaik.

 Wasap Sekarang Untuk Booking Slot Urutan Badan Lelaki
011-11002348 (Wasap sahaja, call wak tak angkat)

Klik Untuk Wasap Sekarang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top