Sebenarnya Bila Masa Sesuai Untuk Urut Badan?


Sebenarnya Bila Masa Sesuai Untuk Urut Badan?

1. Minimum sebulan sekali untuk badan.

Sebab dalam tempoh tu biasanya tubuh badan kita akan terkesan dengan aktiviti harian yang banyak gunakan kekuatan fizikal & mental. Di sebabkan inilah akan Wak Jonet akan tanya apakah karier pelanggan dan sukan yang di sukai sebab setiap satu rutin ini akan ada satu pattern kesakitan atau masalah yang Wak akan boleh jangka.

Contoh :-

✅ Pelanggan yang duduk terlalu lama seperti kerja mengikut office hour, driver dan lain – lain akan ada masalah sakit pinggang, leher & bahu tegang

Ada pelanggan Wak Jonet akan urut

✅ 1 Bulan sekali
✅ 1 Quater sekali (Dalam 3 – 4 bulan baru urut dalam setahun)
✅ 1 Tahun 1 kali


Faktor ini bergantung pada :-

✅ Obesiti

✅ Merokok

✅ Tak cukup rehat

✅ Tidak aktif bersukan

✅ Amalkan gaya hidup tak sihat

✅ Ada penyakit kronik seperti pernah kena stoke, ada penyakit 3 serangkai dan lain – lain.

✅ Bila bersukan macam atlet negara padahal jarang bersukan. Bila bersukan tak warm up dan tak cooling dengan betul. Tak gunakan peralatan sukan betul ketika bersukan dan banyak lagi

✅ Jika pernah ada kecederaan masa bersukan atau di sebabkan kemalangan sehingga ada patah atau keretakkan pada tulang atau tisu yang terkoyak. Lagi teruk jika pernah ada pembedahan yang melibatkan tubuh badan kita sudah ada besi, skru atau plat.


Di sebabkan ini sebelum Wak Jonet mulakan sesi urutan badan Wak akan interview untuk tahu latar belakang kesihatan pelanggan akan buat catatan dalam sistem Wak supaya nanti bila nak repeat urut Wak tak perlu tanya banyak kali. By the way pelanggan dah capai lebih 1000 orang. Pening nak ingat semua hahahahaha.

Maka bila kita urut badan secara setiap bulan akan membantu untuk menjadi lebih sihat & cergas. 

2. Urut bila sakit.

Wak Jonet faham sebab tak semua orang suka urut.

Ada yang tak tahan geli.
Ada yang tak tahan sakit.
Ada yang tiada masa.
Ada yang tiada bajet yang cukup.

Bila dah sakit jangan biar lama – lama nanti boleh jadi makin teruk. Lepas tu jangan harapkan magik bila urut tiba – tiba boleh sembuh. Ia bergantung banyak faktor & punca untuk hilangkan kesakitan tu.

Jangan sampai nanti sebab nak jimatkan duit & masa nanti lebih banyak duit & masa yang terbuang di sebabkan kesakitan tu.

Bila tengah sakit & segera dapatkan rawatan insyallah akan jadi lebih selesa.

Tapi bila tengah sakit sebaiknya :-

✅ Jumpa doktor dulu untuk sahkan sakit apa? sebab ada situasi mungkin ada darah beku, keretakan tulang, tisu koyak, jangkitan kuman dan banyak lagi walaupun nampak remeh dan macam tak serius.

1. Sebab tak semua kesakitan boleh selesai dengan urutan tapi salah satu kaedah nak legakan kesakitan dengan urutan.

2. Sebab zaman sekarang banyak penyakit. Maka apa – apa jumpa doktor di klinik dulu.

Sebab Tukang urut tak boleh

✅ Keluarkan Medical report
✅ Bagi MC


tukang urut hanya boleh agak daripada simptom apa masalah pelanggan. Diagnos tukang urut memang tak tepat. Tapi doktor ada banyak peralatan yang canggih dan kelayakan untuk sahkan masalah pesakit. Urutan hanyalah rawatan alternatif sahaja bukan yang utama.

Sebab ada kes

pelanggan lagi percaya cakap tukang urut daripada doktor.
pelanggan lagi percaya cakap ustaz atau bomoh daripada doktor.

Nanti banyak duit keluar tapi masalah tak selesai malah makin sakit. Maka turutan yang betul bila ada masalah kesihatan

1. Jumpa doktor dulu – Kalau doktor sendiri yang sarankan untuk urut. Alhamdullilah lebih selamat. Tapi kalau sakit tu tidak selesai boleh iktiar dengan urut atau rawatan moden yang lain.

2. Salah satu rawatan untuk hilangkan kesakitan adalah urut tapi bukan urut sahaja yang boleh selesaikan kesakitan. Ada kes mungkin kena jumpa juru bekam, chiro, acupuncture, physiotherapy dan lain – lain.

3. Kalau kesakitan makin luar biasa, aneh atau tidak dapat di pastikan punca barulah cari perawat Islam. Mungkin ada gangguan jin atau sihir biasanya.

Wak berpesan daripada pengalaman urut lebih 10 tahun. Dah macam – macam kes jumpa. Moral of the story jangan mudah kena tipu. Lagi satu sila buat research bila anda di sahkan sakit sesuatu contoh.

Terkena slip disk maka buat research apa punca dan rawatan yang tepat. Sebab ada kes bila urut makin sakit. Bila main sentap buat bone adjustment makin teruk. Lagi kelakar jumpa ustaz, Wak tidak menindakkan rawatan islam cuma kalau mandi air ruqyah pun tak selesai sebab rawatan tu tak tepat dengan kesakitan tu.

Sebab tu kena tahu authority & credibility perawat bila nak merawat bukan percaya buta. Done berikan nasihat. Penat tulis panjang – panjang ni hahahahaha.

P/s 1:- Wak Jonet hanya urut lelaki yang betul – betul nak urut sahaja. Wak tak buat aktiviti seksual & tidak sentuh private part.

P/s 2:- Wasap update on the spot sekarang dan update :-

✅ urut nak relax atau ada masalah specific?
✅ anda dari area mana & nak slot mana?

nanti wak jonet check jadual mana yang available. Wasap sahaja, call wak tak angkat. Pastikan bila dah wasap be responsive, jangan bagi bluetick.

P/s 3:- Sesungguhnya yang berikan kesembuhan & kesedapan bila di urut hanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Insyallah dengan kemahiran, pengalaman & pengetahuan Wak akan buat yang terbaik.

✅ Wasap Sekarang Untuk Booking Slot Urutan Badan Lelaki
011-11002348 (Wasap sahaja, call wak tak angkat)

Klik Untuk Wasap Sekarang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top